widgets

Tuesday, 22 July 2014

Pertama Kali Menyambut Ramadhan Al-Mubarak di Perantauan

Ramadhan adalah amat bermakna bagi setiap masyarakat Islam di seluruh negara untuk meningkatkan amal ibadat setiap individu masing-masing. Hal ini demikian kerana Ramadhan adalah bulan yang amat mulia dalam banyak-banyak bulan khususnya melibatkan kalendar Islam. Setiap amal ibadat yang ditunaikan adalah memperolehi ganjaran yang berlipat kali ganda pahalanya.
Oleh yang demikian, setiap insan yang bergelar Islam menyambut Ramadhan dengan sebaik mungkin untuk meningkatkan amal ibadat mereka. Tidak dinafikan lagi bahawa, bulan Ramadhan ini adalah bulan keampunan dosa-dosa yang telah dibuat oleh individu pada sebelumnya.
Hari pertama Ramadhan di perantauan, diri ini berada berjauhan di samping keluarga yang tersayang. Walaupun begitu, diri ini dapat menempuhi segala dugaan walaupun tanpa keluarga yang tersayang. Hari pertama Ramadhan, aku hanya berbuka seorang diri dan Alhamdulillah, dapat juga bersama-sama menunaikan solat taraweh dengan penduduk di kawasan sekitar Taman Makmur Indah Kota Samarahan Sarawak. Walaupun kerinduan untuk bertaraweh di masjid kampung, tempat asalku, namun diri ini masih lagi bersabar dengan perancangan Allah S.W.T.
Semasa aku kecil-kecil dahulu, aku dibesarkan di bawah jagaan arwah atuk aku iaitu Awang Hamat bin Yusoff.Apabila tibanya di bulan Ramadhan, aku dan atuk aku akan tidur di Masjid yang betul-betul berada di depan rumahku. Pengalaman bersama atukku mengingatkan kembali kenangan bersama arwah apabila ketibaan bulan Ramadhan. Namun kini, Ramadhaku kesepian tanpa arwah atuk yang tersayang dan ditambah pula dengan pertama kali menyambut ramadhan di perantauan. Aku redha dengan ketentuan ilahi, beliau telah pergi meninggalkanku hampir 6 tahun. 
Cerita menyambut Ramdhan Al-Mubarak di perantauan sangat menarik apabila adanya hamba Allah yang sudi menyumbangkan makanan untuk berbuka dan bersahur. Katanya, beliau sudah mengalami dan memahami situasi sebagai seorang pelajar dan hamba Allah tersebut juga turut dibantu oleh individu yang lain semasa beliau digelar sebagai pelajar pada masa dahulu. Menurut beliau lagi, sebagai membalas jasa individu yang membantu beliau semasa zaman bergelar pelajar, maka beliau telah melaksanakan amalan yang hampir sama kepada saya, dengan cara pemberian makanan kepada pelajar. Walaupun begitu saya menghargai pemberian beliau dan berharap saya akan cuba untuk melakukan amalan yang sama kepada pelajar apabila berada dalam alam pekerjaan kelak.
Sedar tak sedar ramadhan pada tahun 2014 kini sudah hampir sampai ke penghujungnya dan bakal melabuhkan tirai lagi beberapa hari.
Akhir kata "Selamat menyambut Ramdhan Al-Mubarak dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri"





"Bersyukurlah kamu pada hari ini dengan apa yang Allah S.W.T rancangkan"