widgets

Sunday, 24 August 2014

Kehilangan yang Misteri, hanya Allah S.W.T yang mengetahui segala-galanya.

Baru-baru ini negara telah digemparkan mengenai trajedi kehilangan pesawat MH370 dan terdapat beberapa kaedah serta perbincangan mengenai hukum-hakam, yang melibatkan Muzakarah khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan..



Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 25 Mac 2014 yang lalu, telah membincangkan mengenai Tragedi MH370. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

1. Setelah mendengar dan meneliti tiga (3) kertas kerja yang telah disediakan mengenai penentuan hukum syarak dalam tragedi MH370, dan setelah berbincang serta meneliti semua pandangan ulama’ serta pandangan ahli-ahli pakar pelbagai bidang sejak daripada tragedi ini berlaku pada 8 Mac 2014 hinggalah kepada pengumuman YAB Perdana Menteri Malaysia pada 24 Mac 2014 bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 disahkan berakhir di tengah-tengah Lautan Hindi di kawasan barat Perth Australia. Muzakarah menegaskan bahawa pensabitan kematian seseorang mempunyai kesan dan implikasi yang besar dari perspektif syarak. Justeru dalam Islam terdapat kaedah-kaedah yang telah digariskan bagi menangani permasalahan mereka yang tidak diketahui samada masih hidup atau sudah mati, dan dalam Fiqh kes seperti ini dikenali sebagai Mafqud (orang yang hilang).

2. Muzakarah menjelaskan bahawa berdasarkan pandangan Imam As-Syafie “Mafqud ialah orang yang tidak didengari khabarnya, dan barangkali kemungkinan besarnya dia telah mati”. (Al-Syafie, Al-Umm, 6:182). Para ulama memperincikan bahawa mafqud dibahagikan kepada dua bahagian dan hukum kedua-duanya adalah berbeza. Pertama: Mafqud yang secara zahir dan kebarangkalian kuatnya dianggap telah terkorban. Mafqud bahagian ini ialah orang yang hilang dalam suatu bencana kebinasaan. (Ibn Qudamah, Al-Mughni, 6:389).Kedua: Mafqud yang secara zahir dia masih hidup. Contohnya seseorang yang keluar dari rumahnya untuk berniaga atau melancong tetapi tidak kembali pulang ke rumahnya.

3. Daripada contoh mafqud yang dibawakan oleh Ibn Qudamah, Muzakarah berpandangan bahawa dalam kes pesawat MH370 yang berakhir dalam lautan yang amat luas dan dalam, mayat-mayat dan bangkai pesawat menghadapi kesukaran untuk ditemui, dan pandangan pakar mengatakan bahawa survival manusia untuk hidup adalah tipis dan sangat sukar, maka kes ini boleh dikategorikan sebagai Mafqud yang secara zahir dan kebarangkalian kuatnya dia dianggap telah terkorban.

4. Muzakarah juga menjelaskan bahawa mengenai kadar tempoh mafqud sebelum diputuskan status kematiannya, tidak terdapat nas yang jelas daripada dalil-dalil Al- Quran dan Sunnah berkenaan penetapan tempoh-tempoh tertentu secara tetap. Kebanyakan pendapat yang dinukilkan adalah bersumberkan kepada pendapat-pendapat para sahabat dan pendapat-pendapat tersebut bukan dalam bentuk kesepakatan yang boleh dinilai sebagai hujah ijmak Ulama, kerana wujud perselisihan dalam kalangan sahabat dan tabi’en. Namun keperluan kepada tempoh pencarian bagi mafqud adalah disepakati oleh para ulama’.Muzakarah juga berpendapat bahawa perbezaan yang ketara dari segi uruf dan masa perlu diambil kira dalam penentuan tempoh mafqud ini kerana ia memberi kesan dalam penyabitan hukum-hakam seterusnya.

5. Dalam hal ini, Muzakarah memutuskan bahawa dalam tragedi MH370 ini, keperluan menetapkan tempoh mafqud adalah terletak kepada pertimbangan ulil amri berdasarkan kepada ijtihadnya selaras dengan pandangan majoriti Ulama, termasuk mazhab Syafie, mazhab Maliki, mazhab Hanafi dan satu riwayat mazhab Hanbali. (Nihayah al-Muhtaj, 6:28; Hasyiyah al-Dusuki, 4:434; Hasyiyah Ibn Abidin, 3:332; Al-Kasysyaf, 4:391).Justeru, berasaskan kepada Kaedah Fiqhiyyah iaitu ‘Menghilangkan Kemudaratan’, lima (5) prinsip Maqasid Syar’iyyah iaitu menjaga agama, nyawa, harta, keturunan dan akal serta berasaskan kepada Siyasah Syariyyah dalam menjaga kemaslahahatan keluarga dan pihak-pihak yang terlibat serta bersesuaian dengan uruf dan waqi’, Muzakarah memutuskan bahawa keadaan mafqud dalam tragedi ini tidak memerlukan kadar tempoh tertentu kerana usaha-usaha pencarian yang telah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh walaupun dalam keadaan lautan yang amat mencabar serta pelbagai karenah yang boleh diambil kira sebelum dan selepas pengumuman Kerajaan bahawa pesawat MH370 berakhir di tengah-tengah Lautan Hindi. Ianya telah melalui tempoh masa yang munasabah bagi mafqud yang boleh diputuskan oleh Ulil Amri.

6. Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa semua penumpang pesawat MH 370 adalah dikategorikan sebagai “Mafqud yang secara zahir dan kebarangkalian kuatnya telah dianggap terkorban”memandangkan usaha-usaha mencari telah dijalankan dalam tempoh yang munasabah bagi mafqud dengan penggunaan pelbagai aset dan alat komunikasi berteknologi tinggi serta kewujudan pelbagai karenah yang boleh diambil kira, maka Muzakarah berpendapat bahawa penumpang pesawat MH370 tersebut boleh dianggap telah terkorban. Walau bagaimanapun pengesahan atau pensabitan kematian hendaklah diputuskan oleh Mahkamah berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada. Muzakarah juga berpandangan bahawa memandangkan pihak berkuasa masih terus mencari kesan daripada tragedi tersebut termasuk mayat atau cebisan mayat penumpang yang terkorban, maka Solat Jenazah Ghaib tidak perlu dilaksanakan lagi.

7. Muzakarah juga memutuskan bahawa jika dalam usaha pencarian kesan daripada tragedi tersebut, pihak berkuasa berjaya menemui mayat atau cebisan mayat, maka wajiblah diuruskan mayat tersebut seperti yang ditetapkan oleh Islam.Oleh kerana penumpang MH370 ini terdiri daripada pelbagai Agama dan jika tidak dapat dibezakan antara Islam dan bukan Islam, maka untuk menguruskan mayat orang Islam dalam keadaan bercampur ini, hendaklah diuruskan kesemua mayat yang dijumpai tersebut mengikut Islam dan sewaktu Solat Jenazah hendaklah diniatkan hanya untuk orang Islam sahaja.

8. Mengenai hal-hal berkaitan pengagihan harta pusaka, pembubaran status perkahwinan mangsa, atau hukum-hukum lain yang bersangkutan daripada tragedi ini, Muzakarah menegaskan bahawa ianya hendaklah dirujuk kepada pihak berkuasa berkaitan, berasaskan kepada peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan setelah pengesahan atau pensabitan kematian diputuskan oleh mahkamah.

9. Muzakarah juga berpandangan bahawa dalam menghadapi suasana tragedi ini, perlaksanaan ibadah-ibadah seperti Solat Hajat, bacaan Yasin dan sebagainya bolehlah diteruskan oleh umat Islam.

*Makluman :
Artikel ini bukanlah hasil tulisan saya sepenuhnya tetapi sebaliknya adalah koleksi peribadi saya hasil pembacaan melalui laman web rasmi fatwa kebangsaan.  Artikel yang terkandung  ini adalah untuk dikongsi bersama. Harap Maklum.

Sumber rasmi : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan.





Sunday, 3 August 2014

Apa itu Demokrasi? dan Bagaimana Demokrasi boleh gagal dan berjaya?

Demokrasi

 ( Paula.B & Jean.AR , 2008) ' Demokrasi, sebagai satu bentuk pemerintahan atau pentadbiran  Negara , adalah untuk dibezakan daripada monarki, bangsawan dan pemerintahan diktator . Demokrasi sebagai satu bentuk tadbir urus sebuah negara yang membezakan antara monarki pentadbiran, golongan bangsawan , dan diktator.   Dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi ia bermakna pilihan raya kerajaan dalam sebuah negara yang tertakluk kepada rakyat untuk menentukan siapa yang berhak untuk mentadbir kerajaan. Rakyat mempunyai kuasa mutlak untuk memilih pemimpin sesebuah kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi. 


Bagaimana Demokrasi Boleh Gagal dan berjaya?

' the way media function is shaped by the rules and regulations prevailing in a country’

Pernahkah anda mengetahui bahawa media adalah salah satu  unsur yang membawa kepada kegagalan dan kejayaan demokrasi?  media adalah  dorongan untuk demokrasi di sesebuah negara. Media massa juga merupakan sumber utama ideologi dan menyampaikan mesej kepada rakyat. Kebanyakan  hak asasi manusia dan ahli politik telah menggunakan media untuk mempengaruhi dalam masyarakat. Media  bertindak sebagai,> bagaimana untuk mengubah pemikiran dan keadaan dalam masyarakat. 



Tuesday, 22 July 2014

Pertama Kali Menyambut Ramadhan Al-Mubarak di Perantauan

Ramadhan adalah amat bermakna bagi setiap masyarakat Islam di seluruh negara untuk meningkatkan amal ibadat setiap individu masing-masing. Hal ini demikian kerana Ramadhan adalah bulan yang amat mulia dalam banyak-banyak bulan khususnya melibatkan kalendar Islam. Setiap amal ibadat yang ditunaikan adalah memperolehi ganjaran yang berlipat kali ganda pahalanya.
Oleh yang demikian, setiap insan yang bergelar Islam menyambut Ramadhan dengan sebaik mungkin untuk meningkatkan amal ibadat mereka. Tidak dinafikan lagi bahawa, bulan Ramadhan ini adalah bulan keampunan dosa-dosa yang telah dibuat oleh individu pada sebelumnya.
Hari pertama Ramadhan di perantauan, diri ini berada berjauhan di samping keluarga yang tersayang. Walaupun begitu, diri ini dapat menempuhi segala dugaan walaupun tanpa keluarga yang tersayang. Hari pertama Ramadhan, aku hanya berbuka seorang diri dan Alhamdulillah, dapat juga bersama-sama menunaikan solat taraweh dengan penduduk di kawasan sekitar Taman Makmur Indah Kota Samarahan Sarawak. Walaupun kerinduan untuk bertaraweh di masjid kampung, tempat asalku, namun diri ini masih lagi bersabar dengan perancangan Allah S.W.T.
Semasa aku kecil-kecil dahulu, aku dibesarkan di bawah jagaan arwah atuk aku iaitu Awang Hamat bin Yusoff.Apabila tibanya di bulan Ramadhan, aku dan atuk aku akan tidur di Masjid yang betul-betul berada di depan rumahku. Pengalaman bersama atukku mengingatkan kembali kenangan bersama arwah apabila ketibaan bulan Ramadhan. Namun kini, Ramadhaku kesepian tanpa arwah atuk yang tersayang dan ditambah pula dengan pertama kali menyambut ramadhan di perantauan. Aku redha dengan ketentuan ilahi, beliau telah pergi meninggalkanku hampir 6 tahun. 
Cerita menyambut Ramdhan Al-Mubarak di perantauan sangat menarik apabila adanya hamba Allah yang sudi menyumbangkan makanan untuk berbuka dan bersahur. Katanya, beliau sudah mengalami dan memahami situasi sebagai seorang pelajar dan hamba Allah tersebut juga turut dibantu oleh individu yang lain semasa beliau digelar sebagai pelajar pada masa dahulu. Menurut beliau lagi, sebagai membalas jasa individu yang membantu beliau semasa zaman bergelar pelajar, maka beliau telah melaksanakan amalan yang hampir sama kepada saya, dengan cara pemberian makanan kepada pelajar. Walaupun begitu saya menghargai pemberian beliau dan berharap saya akan cuba untuk melakukan amalan yang sama kepada pelajar apabila berada dalam alam pekerjaan kelak.
Sedar tak sedar ramadhan pada tahun 2014 kini sudah hampir sampai ke penghujungnya dan bakal melabuhkan tirai lagi beberapa hari.
Akhir kata "Selamat menyambut Ramdhan Al-Mubarak dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri"





"Bersyukurlah kamu pada hari ini dengan apa yang Allah S.W.T rancangkan"


Thursday, 10 April 2014

Appendiks dan simptoms



Apa Itu Appendiks?

Appendix merupkan lebihan usus perut di sebelah kiri. Appendixs sangat menyakitkan sekiranya tidak melakukan pembedahan bagi membuang lebihan usus yang ada dalam perut tersebut. Appendixs yang teruk boleh menyebabkan bahagian hujung usus itu pecah yang kandunganya adalah terdiri daripada darah atau nanah.
Randang Appendixs.

merupakan suatu keadaan yang mana appendixs itu membengkak sehingga menghasilkan kesakitan yang teramat oleh seseorang. Kesakitanya, memang tidak dapat menahan bagi seseorang manusia. salah satu jalan yang harus anda lakukan adalah terus merujuk kepada pihak hospital bagi mendapatkan rawatan.

Simptom awal.

1. tanda-tanda awal terhasil apabila seseorang itu berupaya mengidap penyakit appendixs adalah terasa sakit pada bahagian bawah pusat dan melarat kepada bahagian bawah abdoment seseorang. Anda akan terasa senak-senak pada bahagian bawah pusat.

2.Loya dan muntah-muntah. mungkin individu yang loya atau terasa muntah-muntah, menanggap bahawa itu adalah keracunan makanan, bahkan ianya adalah sebahagian daripada tanda-tanda awal appendixs.

3 Bengkak pada abdomen. simptom indi kebiasaanya tidak berapa nampak sekiranya ia berlaku pada peringkat awal. Namun sekiranya diteliti ianya mungkin boleh dilihat dengan mata kasar untuk memastikan keadaan tersebut. kaedah berbaring adalah cara yang sesuai untuk melihat sama ada abdomen bengkak atau tidak. sekiranya bengkak, maka anda perlulah segera mendapatkan rawatan dan nasihat daripada doktor.

Wednesday, 2 April 2014

Antara masyarakat sekarang dengan masyarakat terdahulu


Pernahkah anda mengetahui bahawa masyarakat sekarang adalah berbeza dengan masyarakat zaman dahulu?



Meh nk citer jap....dan hanya pandangan peribandi.

Masyarakat boleh ditafsirkan bahawa suatu kumpulan yang hidup secara menetap yang melibatkan kepelbagai kaum dan kepelbagaian bangsa sama ada dari segi penggunaan linguistik atau sebaliknya. masyarakat terdiri daripada kumpulan yang pada asalnya adalah individu atau perseorangan yang dicantumkan sehingga menghasilkan sesuatu kelompok yang berupaya mencapai perkongsian antara satu sama lain. Tiada manusia  yang hidup di atas muka bumi ini yang tidak inginkan kehidupan dalam masyarakat. sekiranya ada? maka individu tersebut haruslah berada dalam hutan dan boleh dikonsepkan sebagai golongan yang tidak suka terhadap ketamadunan. sebagai contoh, sekiranya kamu berak di tengah-tengah jalan, bermakna kamu berhak untuk bertanggungjawab terhadap apa yang kamu lakukan. sekiranya kamu tidak bertanggungjawab di atas perbuatan itu, maka kamu bolehla memberak di dalam hutan....haha!!!

Masyarakat sekarang yang kini berada dalam abad ke-21 lebih cenderung inginkan mengetahui perkara-perkara yang negatif jika dibandingkan dengan perkara-perkara yang positif. ianya berbeza ketika abad sebelumnya yang sentiasa inginkan perkhabaran yang positif dan hal-hal yang positif akan disanjung dalam masyarakat. itulah perbezaan yang terhasil yang melibatkan perubahan zaman. Walaubagaimanapun, ia hanyalah sekelompok yang kecil sahaja yang mempunyai pemikiran tertentu untuk sentiasa berfikiran negatif. Tidak semua yang ada dalam masyarakat adalah mempunyai pemikiran yang negatif.

ok... sekiranya kamu tidak mempersetujui maka saya akan cuba test kamu.....
sebagai contoh, kamu yang sedang membaca surat khabar, x kisah la surat khabar apa sekali pun...dalam kandungan tersebut mempunyai kepelbagaian isu-isu semasa, sama ada berita mengenai aspek negatif mahu pun positif. Berita aspek negatif yang ada dalam sesuatu akhbar adalah melibatkan kes Rogol manakala bagi berita mengenai aspek positif adalah mengenai "30 orang anak-anak yatim telah berjaya menghafal 30 juzud Al-Quran dalam masa 1 bulan". saya bagi kamu pilihan, yang mana kamu akan membaca dahulu?
Mestilah kamu akan membaca kes Rogol dahulu kan???......baik ngaku cepat!!!!. tak nak ngaku xpe, tepuk dada tanya minda....

Hasil daripada soal selidik daripada kawan-kawan  secara tidak formal yang melibatkan 10 responden dan hanya seorang responden sahaja yang memilih untuk membaca berita positif dahulu sebagaimana yang diberikan contoh tersebut. kajian secara santai sahaja, dan hanya menyokong hujah serta amatlah tidak relevan sekiranya ianya melibatkan populasi penduduk yang melebihi 27 juta orang penduduk di Malaysia.


Sekian sahaja nukilan daripada saya..........
salah dan silap, harap dimaafkan......
Terima kasih kerana sudi membaca.... peace....




Thursday, 27 February 2014

Antara Dugaan dan Cabaran Erti Kehidupan




Pernahkah anda tahu bahawa kehidupan anda ini hanyalah pinjaman  sementara di dunia?


kehidupan di dunia merupakan permainan dan senda gurau. Ada kalanya menang ada kalanya kalah. Susah dan senang silih berganti. Senangnya merupakan kesenangan yang menipu, sedihnya merupakan kesengsaraan sementara. Itulah di namakan kehidupan di alam fana. Sungguh berbeza dengan kehidupan sejati dan abadi di akhirat nanti. Barangsiapa senang, maka ia akan selamanya senang. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh lari daripada segala kesenangan dan kesusahan hidup di dunia ini. Apa yang menjadi tonggak kepada kehidupan itu adalah berdasarkan kepada bagaimana seseorang itu membentuk dirinya sendiri. Sebagai contoh, anda yang sedang memandu kenderaan dan anda bertanggungjawab untuk mengawal "steering" kenderaan sebagai pemacu arah tuju ke mana anda mahu. Sekiranya hati kata ke kanan maka ke kananlah kamu. sekiranya hati kata ke kiri maka ke kiri lah kamu. pergerakan kamu adalah berdasarkan kemahuan sendiri. Baik, buruk semua itu berdasarkan bagaimana anda mahukan. akan tetapi setiap pergerakan anda ke kiri dan ke kanan mesti ada kebaikan dan keburukan dan mesti mempunyai kemahuan tersendiri. Tapi bagaimana? saya pun tidak tahu...tp kita mesti ingat bahawa Allah S.W.T sentiasa menguji umatnya dengan segala cabaran dan dugaan hidup. Kita tidak boleh mempertikaikan perkara ini, namun, kita hanya boleh bersabar dan berdoa supaya hanya dapat menempuhi dengan sebaik mungkin. Insyallah...



Di sebalik pernyataan di atas, tersebutlah kisah yang berlaku terhadap diri ini yang mungkin boleh dijadikan pengajaran.Setiap dugaan kita mestilah tempuhi dengan bersabar. mungkin ada hikmah di sebaliknya.kita mana tahu kan?...hehe...


Pada akhir semester lepas, telah berlaku kemalangan yang tidak diingini. Betul la bak kata orang nyawa tidak boleh dibeli dengan harta. Sekali ianya melayang tidak mungkin dapat undur dan kita semua akan berhadapan dengan perkara itu sama ada cepat atau lambat. Kemalangan berlaku adalah berpunca daripada keadaan Break tidak berfungsi yang mana motosikal yang ditunggangi oleh saya dan rakan telah terhumban ke pergigian gaung. Kami bernasib baik kerana tidak terjatuh terus ke dalam gaung tersebut yang kedalaman hampir15 meter daripada permukaan jalan. Sekira terjatuh, wallahualam..... nothing to say la...xde pulak cerita nie...Ajal dan maut begitu hampir dengan kita. tersilap langkah pasti tersandung. kelak x boleh lagi menatap wajah orang tersayang...






sedikit nasihat di sini, Berhati-hatilah anda di jalan raya, sayangilah diri anda sendiri sebelum terlambat.


dan berbuatlah banyak-banyak amal kebaikan, nescaya sedikit sebanyak membantu anda di akhirat nanti...Insyallah...akhir kata Assalamualaikum......jumpa lagi di topik seterusnya.






Firman Allah SWT dalam al-Quran yang maksudnya : "Dan kawan-kawan mereka dari golongan manusia berkata; 'Ya Tuhan, kami telah saling mendapatkan kesenangan, dan sekarang waktu yang telah Engkau tentukan buat kami telah datang.' Allah berfirman.'Nerakalah tempat kamu selama-lamanya, kecuali jika Allah menghendaki lain.' Sesungguhnya, Tuhanmu Maha Bijaksana, Maha Mengetahui. Dan demikianlah Kami jadikan sebagian orang-orang yang zalim itu menjadi teman bagi sebagian yang lain disebabkan apa yang mereka usahakan”. (Surah al-An’aam ayat 128-129).







Firman-Nya lagi yang bermaksud : "Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui." (Surah Al-Ankabut ayat 64)





Saturday, 8 February 2014

Miri Punya Citaaa.......






Pernahkah anda ke Miri??????
klau dah pernah share2 la sikit bro!!!!

Ok, kisah di Miri...boleh dikatakan menarik tapi x
juga la bgi sya...tp, ok laaaa...Hahahaha...mana satu betul entalah....

pada  9 April 2013 kami ke Miri selama 3 hari 2 malam atas urusan tugasan yang perlu dibuat di
Pejabat Residen Miri. Kami diberi tugasan untuk menemubual dengan pegawai dalam pejabat tersebut bagi memenuhi kehendak pensyarah kami. ok stop!!!

Sebut pasal temubual nie, dengar macm sonang, tp, merumitkan dan kadang-kadang menyakitkan hati. haha..tp, xpe kesabaran adalah keutamaan kami.hehe..hri prtama sampai sana adalah masa untuk berehat dan hari kedua kami menjalankan kerja dan hari ketiga kami jalan-jalan.
Ok, bab jalan-jalan ni memang sronok dan rare!!!! Kami sempat melawati Guah Niah iaitu gua yang terbesar di Malaysia yang terkenal sebagai tapak arkeologi dan warisan sejarah dunia. terletak kira-kira 100km dari Miri lebih kurang dalam 3 jam perjalanan dri bandar Miri. Apa yang menarik ahli kami untuk sampai ke destinasi Gua Niah ini ialah ingin melihat sendiri keajaiban Gua Batu Kapur dan terdapatnya sarang burung walit di samping pensyarah kami menyatakan bahawa di dalam gua niah tersebut, terdapatnya tengkuyung (siput). Untuk pengetahuan anda, pada zaman dahulu, penduduk di sekitar kawasan tersebut, pekerjaan utama mereka adalah memungut hasil sarang burung walit yang dianggap sebagai begitu berharga dan permintaan yang tinggi.

Untuk mendapatkan sarang burung walit bukanya mudah yang disangkakan  teman-teman skalian. Menurut Brother penjaga Muzium di kawasan sekitar tersebut, sebelum sarang burung walit diambil, upacara mengikut kepercayaan penduduk harus dijalankan bagi memohon kebenaran untuk memungut hasil tersebut. Kaedah yang digunakan untuk memungut hasil tersebut adalah sangat unik dan memang x kesampaian akal kami untuk berfikir, yang mana mereka hanya menggunakan sebatang Buluh dan kayu panjang sahaja bagi memungut sarang burung trsebut. mereka mengadai nyawa untuk memanjat sebatang buluh untuk sampai ke dinding gua bagi mendapatkan sarang burung. Apa yang menggangu di fikiran kami adalah, Bagaimana mereka memanjat sedangkan buluh yang ditegakkan tidak sampai ke tapak gua yang menjadi penahan antara graviti. Buluh tersebut hanya tergantung sehinggalah ke puncak atau dinding gua atau dikenali sebagai stalatit dan stalamit. Ini menimbulkan kemusykilan....... Bak kata saya punya member "jangan difikir bende-bende yang Ghoib atau tidak boleh difikir dengan akal semata-mata". Kita perlu juga ingat bahawa ini adalah kelebihan yg Allah S.w.t beri kepada manusia dan kita perlu anggap bahawa Allah s.w.t yang paling berkuasa bukan manusia. "sedikit pengajaran" jangan marah haa!!!....


Gambar di sebelah menunjukkan bagaimana kaedah yang digunakan untuk memungut sarang burung...
Tengok betul-betul kayu tersebut tergantung menggunakan sejenis tali yang tahan dan kukuh. Hasil daripada telitian mereka cukup mahir dalam proses ikatan. Sehinggalah sekarang kaedah tersebut tidak terjejas dan hanya sebagai tinggalan sejarah orang dahulu kala.





Kelihatan di situ ahli pemantau kami yang memantau keadaan sekeliling gua mencari tengkuyung lama mungkin membantu dalam kajian kami...Hahaha Ayat....x boleh Blahhh!!!!....

Yang baju putih dikenali dgn panggilan Tok walaupun masih muda, dan mempunyai ciri-ciri Yang Berhormat atau YB Bukit Jenum.
Yang berbaju unggu itu dikenali sebagai Cha wye merupakan ahli kami.Mempunyai ciri-ciri yang bijak dan pandai dalam urusan Diplomatik dan perhubungan awam dan sosial.

Kelihatan di situ jejaka yang berbaju merah dikenali sebagai Ikmal atau John. Dalam kalangan kami jejaka inilah yang masih lagi muda dan walaupun dia muda dari kalangan kami, ia juga digelar sebagai sifu atau guru atau master. Mempunyai tahap pemikiran yang tinggi dan sedia menyatakan pendapat dan berfikiran terbuka. ini best student dalam kalangan kami. kami hormat beliau walaupun umur tidak sebaya...haha...





Ini pula adalah pemilik Blog hehe.....hurmmmm......
xde ape yang menarik tentang pemilik blog nie, hanyalah seorang hamba allah dan biase-biase jerkkk,...Chewah...!!!.hina diri plak mamat nie...tp xpe...x bnyak keistimewaan pemilik Blog, satu jer ada..... hensem kan!!!...hahahaha...klau nk muntah, jangan muntah kt Blog nie..p mai jauh2 n muntah kt Blog org lain...haha..!!! *maaf sedikit kepoyoan*








Buluh Tergantung.....Menarik kan!!!












Terowong kecil yang terdapat dalam Gua Niah...
Kelihatan juga sarang burung walit yang berada pada permukaan atas gua kecil tersebut.










Sekian dahulu untuk tatapan anda semua....kita sambung kemudian!!...